Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

28) BIL TERTUNGGAK SYABAS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banyak Apartment yang menghadapi masalah bil tertunggak oleh pihak Syabas. Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama SYABAS dari semasa ke semasa berhubung masalah bil air tertunggak dengan memberi tumpuan kepada penduduk yang mempunyai tunggakan bil air yang tinggi dan tidak berkemampuan untuk membayar bil air sehingga menyebabkan tindakan pemotongan bekalan air oleh SYABAS.  Justeru itu, rentetan daripada beberapa siri perbincangan yang diadakan, Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah dan perdekatan berkesan bagi membantu Apartmen yang menghadapi masalah bil air tertunggak seperti berikut:

    • Mewujudkan dasar mewajibkan semua kawasan pemajuan strata untuk melaksanakan migrasi meter air pukal kepada meter air individu.
    • Membuat rundingan dan perbincangan bersama SYABAS untuk memudahkan proses pelaksanaan migrasi dan penyelesaian isu tunggakan bil serta pemotongan bekalan air.
    • Mengadakan perbincangan bersama penduduk berkenaan pelan pembayaran tunggakan bil air yang mampu dibayar dan dipersetujui SYABAS dalam tempoh yang munasabah.
    • Melaksanakan program pemberian air percuma kepada penghuni pangsapuri kediaman kos rendah yang secara tidak langsung meringankan beban Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)dalam pembiayaan kewangan untuk membayar bil air meter pukal.
    • Memupuk kesedaran di kalangan penghuni mengenai kepentingan membayar caj dan bil air melalui program Kempen Pangsapuri Kita Bersih Ceria Dan Harmoni yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.