Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

121) BILANGAN KILANG YANG BERDAFTAR DAN TIDAK BERDAFTAR DI MERU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini kilang-kilang yang beroperasi secara sah atau secara haram di Meru?

    Jumlah kilang-kilang yang beroperasi secara sah di Meru adalah sebanyak 235 buah. Manakala sejumlah 46 kilang telah dikenalpasti di dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Majlis Perbandaran Klang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 buah kilang telah memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang. Selebihnya, 22 buah kilang telah diberkan notis supaya mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (bagi di dalam zon industri) dan berpindah ke lokasi yang sesuai iaitu kawasan perindustrian yang dikhaskan (bagi di luar zon industri).

Lampiran

Tiada Lampiran.