Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

110) BILANGAN WANITA BEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah dan adakah kerajaan akan menetapkan dasar yang lebih ketat terhadap pasar raya-pasar raya besar dan kawasan komersial untuk menyediakan tempat penyusuan ibu dan kemudahan taska, taski, tadika dan sebagainya?

    Sebahagian besar pasar raya-pasar raya besar dan kawasan komersial telah menyediakan tempat penyusuan ibu yang bersesuaian mengikut kemampuan peruntukan kewangan masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap penyusuan ibu dan kemudahan tempat penyusuan ibu kepada para pengunjung pasar raya dan kawasan komersial yang berkaitan. Ia akan dilakukan berperingkat-peringkat bermula dengan usaha advokasi dengan disusuli penubuhan ruang penyusuan yang selesa untuk ibu dan anak. Maklum balas dari pasar raya-pasar raya adalah berterusan. Sebahagian besar pasar raya memerlukan jangka masa enam bulan untuk kelulusan, ubah suai untuk penyediaan lokasi yang sesuai beroperasi sebagai tempat penyusuan ibu. Ada juga yang telah menjadikan ia secara sukarela sebagai satu dasar dalam khidmat kepada pelanggan. Ia juga merupakan satu Tanggungjawab Sosial Korporat yang perlu digalakkan. Menyediakan ruang penyusuan ibu ini akan dijadikan dasar kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.