Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

188) PELAKSANAAN PERHIDMATAN PENGANGKUTAN GOJEK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E-haling yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?

    Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan belum memuktamadkan sebarang keputusan dan pihak Kementerian Pengangkutan juga tidak mempunyai perancangan memperkenalkan penggunaan motosikal e-hailing seperti syarikat Gojek untuk menyediakan perkhidmatan seumpamanya di negara ini.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa perkara ini perlu dilihat dan dikaji dengan teliti terlebih dahulu oleh Kerajaan Persekutuan kerana ianya melibatkan pelbagai aspek sama ada dari segi perundangan, keselamatan, peraturan jalan raya dan penguatkuasaan serta sensitiviti dari sudut perundangan Syariah di negara ini khususnya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.