Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

188) BILANGAN WARGA ASING YANG TINGGAL DALAM SETIAP RUMAH STRATA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak aduan dibuat oleh penduduk Selangor berkenaan terlalu ramai bilangan warga asing yang tinggal dalam satu rumah terutamanya di rumah jenis Strata (Contoh: 10 orang tinggal di 1 flat). Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan isu ini?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan pemantauan dan operasi sekiranya terdapat aduan diterima di PBT. PBT menggunapakai notis Seksyen 78, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) iaitu rumah yang diduduki penuh dengan sesak. Pendekatan kaedah adalah seperti berikut :

     

    1. i) mengeluarkan notis berdasarkan seksyen 78;

     

    1. ii) rundingan; Contohnya majikan pekerja boleh datang berbincang dengan PBT bagi penyelesaian perkara tersebut;

     

    1. ii) Sekiranya sesi rundingan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, tindakan bersepadu akan dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dan Rela.

     

    Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) juga berperanan dalam memantau aspek keluar masuk di sesebuah kawasan strata.

     

    Namun begitu, sekiranya terdapat isu yang membabitkan kegiatan jenayah, kes akan diserahkan kepada pihak PDRM.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.