Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

31) BILLBOARDS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?

    1. Dalam mengawal pemasangan papan iklan luar (Billboard) di Negeri Selangor, terdapat  2 garis panduan yang diguna pakai oleh PBT iaitu:
      1. Garis panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. (berkuat kuasa 31 Mac 2009) ; dan
      2. Garis Panduan Perancangan (GP021) Papan Iklan Luar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (bertarikh 16 Januari 2009).

    Garis panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Selangor pada 31 Mac 2009 menyatakan kriteria-kriteria bagi mengawal pemasangan struktur papan iklan di semua PBT Selangor merangkumi aspek seperti berikut:

    1. Syarat yang mewajibkan pengusaha yang ingin mendirikan struktur di atas tanah  atau rizab Kerajaan Negeri untuk menyewa tanah tersebut daripada PBT dengan kadar sebanyak 25% dari hasil pendapatan paparan iklan yang diperoleh  oleh  pemilik struktur; dan
    2. Struktur yang dibina perlu mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang, Permit Struktur dan Lesen Iklan daripada PBT

    Selain daripada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, PBT juga mengguna pakai Garis Panduan Perancangan (GP021) Papan Iklan Luar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia yang  merangkumi  aspek  seperti berikut:

    • Keselamatan Awam;
    • Kualiti Persekitaran;
    • Keselesaan Awam;
    • Kandungan Pengiklanan; dan
    • Saiz yang dibenarkan berdasarkan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.