Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

138) BINA BARU PEJABAT RASMI ADUN KAWASAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tidak adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk membina bangunan tetap untuk pejabat ADUN kawasan yang lengkap supaya YB ADUN tidak perlu menyewa premis kedai?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum setiap Y.B. Ahli Dewan Negeri mempunyai strategi pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat yang berbeza-beza demi untuk mengambil hati rakyat akar umbi. Sehubungan itu, pembinaan sebuah premis khas sebagai sebuah pusat pentadbiran Y.B. Ahli Dewan Negeri dilihat kurang praktikal untuk jangka masa panjang dan Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan RM10,000.00 sebulan kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri untuk menyewa sebuah unit pusat pentadbiran yang difikirkan strategi di kawasan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.