Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

141) BINAAN HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN DAN TANAH DI BAWAH SELIAAN PEMAJU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah halangan kepada PBT untuk bertindak tegas menangani masalah binaan haram di atas rezab parit dan jalan?

    1. Binaan haram yang dibina di atas rizab kerajaan (rizab parit dan jalan) akan dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah dan Daerah memandangkan kuasa yang diberi bagi tujuan pengeluaran notis adalah melalui peruntukan Seksyen 425 – Kanun Tanah Negara 1957 (Akta 56). Walau bagaimanapun masalah yang sering berlaku dan menjadi halangan kepada PBT adalah seperti berikut:

     

    1. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat pemilik struktur binaan haram di tapak tersebut;
    2. Masalah binaan haram melibatkan rumah ibadat;
    • Pemilik struktur enggan bekerjasama;
    1. Kekangan dari segi kos perobohan dan kos pembaikan infrastruktur yang terlibat (selepas perlaksanaan operasi perobohan binaan haram); dan
    2. Campur tangan pihak tertentu.

Lampiran

Tiada Lampiran.