Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

97) BINATANG LIAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kampung-kampung di Ijok masih diganggu oleh monyet dan anjing liar mengakibatkan kerosakan harta benda, tanaman dan membahayakan penduduk. Masalah ini telah dibangkitkan di Dewan ini dahulu. Apakah langkah2 terkini Jabatan Perhilitan Negeri untuk membendung masalah kronik dan kritikal ini?

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor sering menjalankan aktiviti kawalan gangguan hidupan liar berdasarkan aduan-aduan yang diberikan oleh penduduk di kawasan yang menghadapi masalah tersebut. Memandangkan Selangor merupakan negeri yang pesat membangun konflik gangguan hidupan liar semakin meningkat. Pihak Jabatan PERHILITAN menyediakan pelbagai saluran aduan iaitu:

    • melalui talian Careline Jabatan PERHILITAN iaitu 1-300-80-1010 yang boleh dihubungi setiap hari (termasuk cuti umum) dari 8 pagi hingga 12 tengah malam ATAU talian Hotline Jabatan PERHILITAN iaitu 1-800-88-5151 yang boleh dihubungi setiap hari (termasuk cuti umum) dari 8 pagi hingga 6
    • bagi kawasan Ijok penduduk boleh menghubungi Pejabat PERHILITAN Negeri Selangor atau berhubung terus dengan Pejabat PERHILITAN Daerah Petaling / Pejabat PERHILITAN Daerah Sabak Bernam yang mengawal selia tindakan terhadap masalah gangguan hidupan liar berdasarkan kedudukan kawasan gangguan.

    Semua maklumat di atas atau info tambahan yang berkaitan boleh didapati dari laman sesawang rasmi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia di www.wildlife.gov.my

     

Lampiran

Tiada Lampiran.