Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

65) BIRO TATANEGARA (BTN)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program latihan yang akan menggantikan modul Biro Tatanegara (BTN) bagi semua pelajar-pelajar IPT milik Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan agar kursus BTN digantikan dengan
    kursus SPIES yang telah diubahsuai dengan menerapkan modul kenegaraan.
    Golongan yang menjadi sasaran pada masa ini adalah penjawat awam di seluruh
    Negeri Selangor.
    Setakat ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan untuk
    menggantikan modul Biro Tatanegara bagi pelajar IPT Selangor kepada modulmodul lain. Namun begitu kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan
    menubuhkan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) yang dinaungi
    oleh YB Exco Pendidikan Tinggi Negeri Selangor.
    Fokus MPMS adalah khusus kepada dua perkara iaitu, membina sikap positif di
    dalam diri mahasiswa dan mengutamakan kecemerlangan pencapaian akademik.
    Beberapa siri program telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut seperti
    menghadiri program SPIES, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Dialog bersama
    Pemimpin, Seminar Kerjaya dan sebagainya. Program–program ini dirangka khusus
    untuk pembinaan sikap positif di kalangan mahasiswa melalui perubahan hati, minda
    dan sikap serta pembinaan kepimpinan dan pembinaan kemahiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.