Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

206) BIROKRASI PROSES PERMOHONAN BANTUAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kerapkah mesyuarat meluluskan permohonan 'blue print'? Berama lamakah proses permohonan daripada dihantarkan permohonan sehingga dapat bantuan?

    Berdasarkan perancangan tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Penerima Bantuan Peralatan di bawah bantuan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor diadakan sebanyak 9 kali setahun mengikut daerah. Walau bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada keperluan semasa. Sebagai contoh, pemilihan penerima bantuan bagi dua (2) daerah diadakan secara bersekali di dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang bertujuan untuk mempercepatkan proses pemilihan. Bagi tahun tahun 2014, sebanyak empat (4) mesyuarat telah diadakan, manakala bagi tahun 2015 sebanyak enam (6) mesyuarat telah

     

    Pada tahun 2008 sehingga 2013, proses keseluruhan kelulusan bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Sektoral, UPEN. Proses dan prosedur terlibat meliputi lawatan tapak dan siasatan, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak menerima bantuan, urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Peralatan di bawah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan proses perolehan bagi pembelian peralatan. Keseluruhan proses ini kebiasaannya mengambil masa enam (6) bulan sehingga setahun memandangkan bilangan permohonan yang diterima adalah tinggi.

     

    Namun begitu, bagi mempercepatkan kelulusan permohonan, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan melalui pihak UPEN telah menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah/ Tanah bagi melaksanakan beberapa proses/ prosedur meliputi siasatan dan lawatan tapak, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak dipertimbangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan proses perolehan bagi pembelian peralatan. Berdasarkan penambahbaikan yang telah dijalankan, didapati bahawa tempoh paling cepat penerima bantuan menerima peralatan adalah kira-kira empat (4) bulan bermula daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Walau bagaimanapun, ianya juga adalah tertakluk kepada kekerapan penganjuran

     

    Mesyuarat    Jawatankuasa   Pemilihan   serta    proses    pembelian                       peralatan mengikut prosedur/ tatacara perolehan yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.