Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

49) BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor (BBPKNS) diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar berdikari dan menambah baik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Apakah syarat-syarat memohon BBPKNS?

    Bantuan “Blueprint Pembasmian Kemiskinan” Negeri Selangor (BBPKNS) diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar yang berpendapatan di bawah RM 1,500.00 yang mempunyai perniagaan sendiri. Pemohon- pemohon yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

    Pendapatan isi rumah RM 1,500.00 dan ke bawah;

    Menetap di Negeri Selangor (sekurang-kurangnya lima (5) tahun);

    Mempunyai lesen perniagaan yang sah; dan

    Telah memulakan perniagaan atau perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun

     

Lampiran

Tiada Lampiran.