Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

93) BLUEPRINT PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri bagi menyediakan sistem pengangkutan awam yang senang diakses untuk kurangkan kesesakan lalu lintas?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil pendekatan dengan menjalankan kajian-kajian tertentu sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan sebarang projek pengangkutan awam. Kajian yang dijalankan akan meliputi sistem pengangkutan awam sedia ada, rangkaian jalan raya serta lalu lintas untuk membolehkan sistem pengangkutan awam yang dilaksanakan di Negeri Selangor mudah dan senang diakses serta mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

    Berdasarkan kepada kajian dan semakan yang telah dibuat sebelum ini, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan perkhidmatan bas percuma antara bandar. Perkhidmatan bas percuma yang dikenali sebagai bas komuniti ini telah dilaksanakan di Petaling Jaya dan Shah Alam. Antara laluan yang telah diberikan perkhidmatan ini di Petaling Jaya adalah laluan yang bermula di Jalan PJS 3/2 melalui Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Universiti, dan Jalan Gasing manakala di Shah Alam, bas komuniti bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11, 14, 15, 16, 17 dan 18.

Lampiran

Tiada Lampiran.