Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

324) BOMBA SUKARELA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan Kerajaan untuk membantu pertubuhan Bomba Sukarela yang sering bertungkus lumus membantu masyarakat tempatan

    Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan khusus bagi menyalurkan peruntukan khas kepada Pasukan Bomba Sukarela. Walau bagaimanapun di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan melalui Pelan Tindakan 5 Tahun telah menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua PBT bagi tujuan sebagai pasukan tindak/gerak balas dalam memberikan pertolongan cemas awal kepada orang awam. Skuad PANTAS PBT Selangor juga berperanan sebagai pusat informasi bencana dalam menerima, merekod dan menyelaras aduan kritikal perkhidmatan PBT serta aduan kecemasan dan bencana seperti jalan kerosakkan jalan, tanah mendap, runtuhan, kebakaran dan lain-

Lampiran

Tiada Lampiran.