Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

315) BONUS KAKITANGAN MBPJ SELAMA TIGA BULAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah tidak kerajaan Selangor menetapkan satu garis panduan untuk menentukan bonus dan ganjaran kepada kakitangan-kakitangan PBT?

    Pada dasarnya, pemberian bonus atau imbuhan tahunan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri (merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dilaksanakan bagi mengenang budi dan menghargai sokongan serta komitmen yang diberikan oleh penjawat awam dalam mencapai matlamat pembangunan Negeri Selangor.

    Garis panduan pembayaran bonus atau imbuhan tahunan ini disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM) dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan dibentangkan di dalam MMKN bagi tujuan pertimbangan selanjutnya sama ada cadangan ini boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

    Keputusan MMKN berserta garis panduan berkaitan pembayaran bonus atau imbuhan tahunan ini dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan anak syarikat untuk disahkan pemakaiannya oleh pihak berkuasa masing-masing. Pemakaian garis panduan ini sepatutnya dilaksanakan selari dengan penetapan yang telah diputuskan oleh MMKN dan sebarang penambahan kepada kadar bonus atau imbuhan yang ditetapkan oleh MMKN, perkara ini sepatutnya dirujuk semula kepada pertimbangan MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.