Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

56) BOOKS MALL BAGI BANGI BANDAR ILMU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam pelancaran `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 di KUIS, YAB Menteri Besar telah mencadangkan agar diwujudkan Òbooks mallÓ di Bangi. Setakat ini adakah PKNS Bangi mengambil inisiatif bagi mewujudkan Kompleks bagi books mall tersebut

    Perbadanan tidak ada perancangan untuk membina Kompleks Book Mall di Bandar
    Baru Bangi. Walau bagaimanapun Perbadanan akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
    boleh menyemarakkan lagi ciri-ciri keilmuan untuk disertai oleh masyarakat seperti
    menganjurkan penjualan bahan-bahan bacaan, mengadakan pesta buku, Forum
    Perdana, Program Pidato antara sekolah-sekolah dan sebagainya. Penganjuran
    program ini akan dilaksanakan di Kompleks PKNS Bangi serta Bangi Walk di Taman
    Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Lampiran

Tiada Lampiran.