Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

212) BORANG PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional untuk keperluan tandatangan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dalam borang pendaftaran kontraktor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?

    Keperluan tandatangan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dalam borang pendaftaran adalah merupakan cadangan daripada Y.B. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam terdahulu yang meminta supaya diadakan ruangan tersebut. Beliau berpendapat melalui tandatangan tersebut wakil rakyat akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut berhubung maklumat kontraktor yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri di kawasan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.