Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

12) BUDAYA BERKARYA DAN JEJAK ILMUAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang telah dicapai oleh Kerajaan dalam pelaksanaan program Jejak Ilmuan bagi sesi 2008-2013?

    Program „Jejak Ilmuwan adalah usaha Kerajaan Negeri Selangor membawa ilmuan-ilmuwan kepada masyarakat dan pelajar sekolah. Program ini merupakan program untuk menghimpunkan dan mengenal pasti ilmuwan, khususnya anak tempatan negeri Selangor yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing agar dapat menyumbang idea dan kepakaran mereka untuk diketengahkan kepada masyarakat di semua peringkat di negeri Selangor. Manakala Program Tunas Ilmuwan merupakan salah satu aktiviti yang diletakkan di bawah Program Jejak Ilmuwan yang bertujuan untuk menjadikan Selangor sebagai pusat melahirkan ilmuwan yang cendekiawan dalam pelbagai bidang. Tema untuk program ini adalah „Merakyatkan Ilmuwan‟.

    Objektif Jejak Ilmuwan diadakan adalah :

    • Merakyatkan ilmuwan – proses merakyatkan ilmu melalui
    • Mencari bakat muda yang berpotensi untuk
    • Membentuk dan mendidik bakal
    • Memperkenal perkembangan bakal ilmuwan dan
    • Memperkenal dan menyusuri rahsia kejayaan
    • Memperkenalkan institusi pendidikan di Negeri Selangor yang menyokong program

    Anjuran bersama „International Islamic Academy for Life Sciences and Biotecchnology” (IAB) daripada Universiti Selangor, bagi menjalankan pelbagai aktiviti di dalam sains hayat bagi memupuk minat para pelajar ke arah bidang ini.

    „Bengkel Tunas Ilmuwan Selangor‟ yang diadakan di makmal-makmal IAB di

    UNISEL Shah Alam diimplementasi secara serius dalam memberi pengetahuan dalam bidang bioteknologi. Semasa bengkel tersebut, pelajar-pelajar dari Koleh Integrasi Tunas Ilmuwan Selangor (KITIS) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Istana Bandar (MITIB) di bawa ke UNISEL dan diberi pengalaman sebenar bekerja di makmal sebagai seorang saintis. Kedua-dua bengkel tersebut telah berjaya mendapoat sambutan dan maklum balas yang sangat memberangsangkan bukan sahaja daripada para pelajar, malah juga daripada guru-guru pengiring di mana mereka telah memohon agar pihak IAB menganjurkan lagi bengkel seumpamanya.

    Pencapaian rentetan daripada usaha ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menandatangani beberapa perjanjian bagi perkongsian kemahiran dan penyelidikan di dalam bidang bioteknologi dan teknologi hijau hasil usaha lawatan ke Imperial College di London, University Of Cambridge, iaitu Institute Of Manufacturing, Cambridge, Islamic Academy Of Cambridge dan Fakulti Perubatan dan Sains Hayat, University Of Manchester.

    Selain itu, hasil dari dana endowmen yang telah diberikan secara terus kepada IPT Selangor pada tahun 2009, pada tahun 2010, 2 persidangan antarabangsa telah dilaksanakan iaitu International Conference OF Muslim Education (ICIED) pada 29, 30 November dan 1 Disember 2010 dan IAB-IAS International

    Symposium pada 8 hingga 9 Disember 2010.

    Jumlah ilmuwan yang dapat dikumpulkan adalah seramai 132 orang serta bidang keilmuan adalah seperti berikut :

    • Bidang Matematik
    • Bidang Teknologi Cahaya
    • Bidang Teknologi Angkasa
    • Bidang Teknologi Bunyi
    • Bidang Teknologi Komunikasi (Mobile)
    • Bidang Teknologi Kimia
    • Bidang Teknologi Bahan
    • Bidang Sains Perhutanan
    • Bidang Teknologi Alam Sekitar
    • Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik / Digital
    • Bidang Teknologi Multimedia
    • Bidang Teknologi Sekuriti Maklumat dan Forensik
    • Bidang Ekonomi
    • Bidang Pendidikan dan SosialBidang Farmasi
    • Bidang Bioteknologi
    • Bidang Seni Grafik
    • Bidang Kejuruteraan (Knowledge Engineering)

    Buat masa ini, ilmuan-ilmuan terbabit masing-masing berkhidmat dengan universiti tempatan dan terlibat dengan aktif dengan professional masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.