BUDAYA MEMBACA

81) BUDAYA MEMBACA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program menggalakkan budaya membaca kalangan masyarakat? Nyatakan nama program, DUN yang dilaksanakan program tersebut dan jumlah perbelanjaan.

    DAERAH   LOKASI   JUMLAH
        PEMBACA
    Hulu Langat   Perpustakaan Pandan Jaya   494 orang
    Kuala Langat Dataran Banting 1,174 orang
    Sepang Laman Budaya Salak Tinggi 464 orang
    Sabak Bernam Dewan Sri Bernam 464 orang
    Klang Taman Pangkalan Batu 595 orang
    Petaling/Shah Alam SACC 1,500 orang
    Kuala Selangor Taman Kolam Ikan Air Tawar 536 orang
    Hulu Selangor Perpustakaan Syed Masyor 1,360 orang
    Gombak Selayang Mall 688 orang
    1. a) PPAS sentiasa merancang program-program yang melibatkan keseluruhan pusat-pusat perkhidmatannya yang kini berjumlah 95 buah pusat di seluruh daerah negeri Selangor. (1 ibu pejabat, 7 daerah, 4 cawangan, 9 pekan, 3 Bergerak dan 71 perpustakaan desa)

    PROGRAM-PROGRAM MENGGALAKKAN BUDAYA MEMBACA KALANGAN MASYARAKAT, BIASANYA AKAN MELIBATKAN SEMUA KATEGORI KOMUNITI IAITU, KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA SERTA WARGA EMAS.

    GERAKAN MEMBACA DAERAH

    1. Pada tahun ini, Negeri Selangor meneruskan budaya membaca “15 Minutes reading break” secara berperingkat di 9 daerah, pada bulan Jun–Oktober, diambil sempena Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012.

    Amalan 15 minit membaca ini menjadikan program ini sebagai Gerakan Membaca Daerah/Negeri yang “out of the box” dan terus dilaksanakan sebagai salah satu strategi bagi mempromosikan Pesta Buku Selangor dan galakan membaca. Pelbagai pengisian pembacaan seperti baca lancar, bercerita, berpuisi dan baca santai dilakukan melibatkan seluruh kategori masyarakat. Program ini merupakan saat yang amat bernilai bagi warga Negeri Selangor berhenti seketika dari kesibukan rutin harian untuk membaca.

    1. DAERAH HULU LANGAT
    Tarikh                        :    9 Jun 2012

    Lokasi                       :    Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya

    Pembaca                   :    494 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    200 orang

    Jalinan Kerjasama     :    Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pej. ADUN Cempaka, Tadika PASTI

         
    Tarikh : 12 Jun 2012
    Lokasi : Dataran Banting
    Pembaca : 1,174 orang
    Kutipan Ahli Baru : 130 orang
    Jalinan Kerjasama : Majlis Daerah Kuala Langat, Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Kuala Langat, Pegawai Penyelaras DUN Morib
    1. DAERAH SEPANG
    Tarikh                        :    19 Jun 2012

    Lokasi                       :    Laman Budaya Salak Tinggi

    Pembaca                   :    464 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    158 orang

    Jalinan Kerjasama          :         Majlis Perbandaran Sepang, PPD, Pej. Daerah / Tanah, Pusat Khidmat Masyarakat [DUN Dengkil, Sg. Pelek], Tabika Perpaduan, KEMAS

    1. DAERAH SABAK BERNAM
    Tarikh                        :    21 Jun 2012

    Lokasi                       :    Dewan Sri Bernam

    Pembaca                   :    464 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    138 orang

    Jalinan Kerjasama          :         MDSB, Pej. Daerah / Tanah, PPD, Pej. Agama Islam Daerah, Balai Polis Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sabak Bernam

    1. DAERAH KLANG
    Tarikh                        :    24 Jun 2012

    Lokasi                       :    Taman Pangkalan Batu

    Pembaca                   :    595 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    119 orang

    Jalinan Kerjasama          :         Pej. Daerah / Tanah, MPK, JKR, PPD, Pej. ADUN [Meru, Selat Klang, Kota Alam Shah], Pej. Penyelaras [DUN Pelabuhan Klang & Sementa]

    1. DAERAH PETALING
    Tarikh                        :     30 Jun 2012

    Lokasi                       :    Shah Alam Convention Centre (SACC)

    Pembaca                   :    1,500 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    3,151 orang

    (Kempen Keahlian Pesta Buku Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012)

    Jalinan Kerjasama     :        Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pej. Pelajaran Daerah (PPD), Pej.

    Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam Convention Centre (SACC)

    1. DAERAH KUALA SELANGOR
    Tarikh                        :    19 Julai 2012

    Lokasi                       :     Taman Kolam Ikan Air Tawar

    Pembaca                   :    536 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    62 orang

    Jalinan Kerjasama     :    Pej. Daerah / Tanah, MDKS, PPD, Pusat Khidmat DUN Bukit Melawati,

    Kolej Intel, Pejabat Agama Islam Daerah

     

    1. DAERAH HULU SELANGOR
    Tarikh                        :    10 September 2012

    Lokasi                       :    Perpustakaan Kuala Kubu Baru

    Pembaca                   :    1,360 orang

    Kutipan Ahli Baru      :    220 orang

    Jalinan Kerjasama     :    Pej. Daerah / Tanah, MDHL, PPD, JKR, SYABAS, Pusat Khidmat

    Masyarakat, Pej. ADUN [Kuala Kubu Baru, Hulu Bernam & Batang Kali]

    1. DAERAH GOMBAK
    Tarikh                         : 1 Oktober 2012
    Lokasi : Kompleks Selayang Mall
    Pembaca : 688 orang
    Kutipan Ahli Baru : 245 orang
    Jalinan Kerjasama : Pej. Daerah / Tanah, MP Selayang, PPD, Seal Incorporated Berhad (Kompleks Selayang Mall), Tadika Perpaduan, Kolej Komuniti
    1. Anugerah Pembaca Aktif – setiap tiga kategori, Dewasa, Remaja, Kanakkanak turut diberi anugerah di setiap daerah. Anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan pengguna selaras dengan hasrat Negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan serta menjadikan membaca sebagai gaya hidup. Perpustakaan menggalakkan masyarakat menjadi ahli dan pembaca santai di perpustakaan, peminjam, pengunjung, pengguna perkhidmatan multimedia serta juga perkhidmatan nilai tambah.
    2. Pesta Buku Negeri Selangor kali ke 7 juga turut menjadi pendorong kepada pencinta buku di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Pengisian Pesta Buku dengan pelbagai aktiviti seperti Bicara Buku/Bedah Buku, Pelancaran Buku, Perkongsian Ilmu, persembahan boneka, Baca Puisi, Storytelling, puzzle dan cabutan bertuah iaitu Appe-iPad sepanjang berlangsungnya Pesta Buku menjadi daya tarikan bagi semua golongan masyarakat. Sejumlah 65 aktiviti disediakan sepanjang Pesta Buku berlangsung. (29 Jun – 9 Julai 2012).

    HARI ILMU NEGERI SELANGOR

    1. Anugerah Tokoh Penulis dan Tokoh Pustakawan Selangor 2012

    Kerajaan Negeri Selangor meneruskan Anugerah Tokoh Penulis Selangor buat kali kedua, bagi menghargai sumbangan penulis di dalam bidang penulisan dan dunia penerbitan. Penerima Anugerah Tokoh Penulis iaitu Encik Said Zahari. Pada tahun ini diperkenalkan juga Anugerah Tokoh Pustakawan Selangor bagi menghargai sumbangan ilmuan bidang kepustakawanan dan maklumat. Penerima Anugerah Tokoh Pustakawan iaitu YBhg Dato’ Professor Dr Haji Raja Abdullah Yaacob (Pensyarah UITM- Fakulti Pengajian Maklumat)

    1. Galakguna perpustakaan dan Kempen Membaca

    Seminar/bengkel motivasi pelajar, Pendidikan Pengguna sertai pelbagai program galakguna serta kempen membaca yang melibatkan peringkat cawangan, pekan  dan desa diseluruh daerah negeri Selangor diteruskan. Program-program skala kecil seperti bengkel Speed Reading, Kem solat, Kuiz JKKK, bacaan pantas, Pelancaran Buku Baru, dan lain-lain yang seumpamanya sering dijalankan saban tahun.

    Dari Januari – September 2012: sejumlah 1,246 aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

    1. Jumlah Perbelanjaan: Jumlah Perbelanjaan : PPAS membelanjakan antara RM400,000-RM450,000 setahun bagi membiayai program,/aktiviti untuk semua pusat perkhidmatannya, termasuk program peringkat negeri dan program-program berskala kecil.

    Pengurusan turut menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor, jabatan, agensi kerajaaan, sekolah,  Pejabat Daerah/PBT, JKKK, NGO dan lain-lain, bagi pelaksanaan program.

Lampiran

Tiada Lampiran.