Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

301) BUDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri Selangor dalam membantu rakyat berbilang kaum untuk mengurangkan perselisihan antara kaum akibat tidak memahami Budaya kaum lain?

    Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan perselisihan antara kaum adalah dengan menganjurkan program perayaan bagi setiap agama secara terbuka bagi membolehkan semua masyarakat di Negeri Selangor dapat bersama-sama merasai dan memahami budaya agama yang lain. Ini akan meningkatkan rasa hormat menghormati antara kaum kerana masing- masing mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari kebesaran masing- masing.

    Bagi usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam, terdapat penyaluran peruntukan kepada semua jenis rumah Ibadat Selain Islam melalui persatuan-persatuan yang menguruskan rumah ibadat tersebut untuk melaksanakan aktiviti keagamaan serta membaikpulih bangunan keagamaan supaya lebih kondusif untuk beribadat. Sejak 2009 hingga 2016, sebanyak RM32 juta telah disalurkan kepada rumah ibadat bagi menghidupkan amalan keagamaan mengikut agama yang dianuti seperti sambutan perayaan, aktiviti pendidikan agama dan bantuan pengajaran dan pembelajaran keagamaan dan seumpamanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.