Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

238) BUKU PANDUAN UNTUK MENJUAL ARAK DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menjual arak di Selangor

    Syarat utama untuk menjual arak di Selangor adalah untuk mendapatkan Lesen Menjual Liquor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Eksais Daerah di bawah kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 35, Akta Eksais 1976. Di bawah Seksyen ini, Lembaga Pelesenan bagi sesuatu kawasan adalah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk mengeluarkan dan memindah milik lesen-lesen dalam kawasan itu seperti berikut:

     

    • Lesen Rumah Awam : Untuk jualan secara runcit liquor yang memabukkan, tidak termasuk todi untuk digunakan di dalam premis atau tempat mana liquor itu dijual;

     

    • Lesen Rumah Bir : Untuk jualan secara runcit bir untuk digunakan pada premis atau di mana bir itu dijual dengan syarat bahawa pemegang-pemegang lesen rumah awam hendaklah dikecualikan daripada memiliki lesen rumah bir;

     

    • Lesen Kedai Runcit – Untuk jualan secara runcit liquor yang memabukkan, tidak termasuk todi, untuk digunakan di tempat-tempat lain daripada premis atau di tempat di mana liquor itu dijual; dan

     

    • Lesen Peniaga Borong- untuk jualan secara borong liquor yang memabukkan, tidak termasuk todi.

Lampiran

Tiada Lampiran.