Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
236) BURUNG WALIT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah dan panduan yang akan digunakan bagi mengatasi masalah-masalah pengusahaan burung walit?
Memandangkan sebelum ini pihak Kerajaan Negeri belum menerima sebarang
maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang masih
merangka Garis Panduan Perusahaan Burung Walet, Kerajaan Negeri telah pun
mengambil inisiatif mewujudkan Undang-Undang Kecil yang berkaitan dengan
pelesenan burung walet sahaja di peringkat negeri dan juga mewujudkan peraturan
serta prosedur yang akan diguna pakai oleh setiap jabatan yang terlibat dalam
pengurusan pemutihan, pembangunan mahupun pelesenan perusahaan burung
walet melalui perbincangan bersama beberapa jabatan teknikal negeri.
Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit telah dikeluarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan
perbandingan dan penyemakan semula garis panduan berkenaan agar selari dengan
UUK dan prosedur Burung Walet yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.