Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

107) CABARAN EKONOMI & PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pelaburan di Negeri Selangor akibat keadaan ekonomi yang merudum?

    Dalam keadaan ekonomi yang merundum, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-

     

    Kesan Langsung

     

    Kos awalan pelaburan menjadi lebih kompetitif kepada pelabur asing kerana nilai matawang asing menjadi lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia.

     

    Peningkatan kos pengeluaran kerana harga import bahan mentah yang tinggi disebabkan kejatuhan nilai Ringgit

     

    Kesan Tidak Langsung

     

    • Penutupan kilang
    • Penstrukturan syarikat bagi mengurangkan kos operasi
    • Penangguhan perancangan pelaburan baru atau pelaburan
    • Pengecilan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja bagi industri yang terkesan
    • Memperlahankan pertumbuhan   sektor-sektor    lain    seperti                                   hartanah, peruncitan, pengangkutan dan industri sokongan lain

     

Lampiran

Tiada Lampiran.