Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

132) CABARAN PEKERJAAN PARA GRADUAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan kebolehpasaran para graduan lepasan UNISEL (Universiti Selangor)? Ini penting kerana para graduan menghadapi begitu banyak cabaran untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja.

    Universiti Selangor adalah milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Y.A.B. Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi kepada Lembaga Pengarah Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sendirian Berhad (PIYSB).

     

    Antara langkah-langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut :

     

    1. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor digalakkan menyediakan platform bagi graduan UNISEL.
    2. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri digalakkan menyediakan satu skim khas untuk graduan UNISEL menjalani latihan sementara mendapat pekerjaan tetap samada di sektor kerajaan atau sektor swasta.
    3. Bahagian Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor diminta bekerjasama dengan UNISEL bagi menganjurkan Karnival Pekerjaan di UNISEL Shah Alam bagi memberi peluang graduan UNISEL mendapat pekerjaan.
    4. Menteri Besar Incorporated (MBI) melalui Karnival Jelajah 360 Smart Selangor telah meminta UNISEL mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ada serta para majikan di Selangor dapat membuat pelawaan pekerjaan kepada graduan melalui fakulti-fakulti yang ada.
    5. Kerajaan Negeri menyediakan graduate internship scheme bagi graduan UNISEL untuk enhance employability and skills.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.