Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

300) CADANGAN LALUAN MRT 2

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah membantah pindaan cadangan laluan MRT 2 yang melibatkan tanah kerajaan tetapi membawa manfaat kepada Bandar 1 Malaysia semata-mata?

    Secara umumnya, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong serta komited untuk memastikan sebarang pemajuan yang dilaksanakan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri, dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, perubahan cadangan laluan MRT2 ke Bandar Malaysia telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Kerajaan Selangor berdasarkan beberapa faktor yang dilihat banyak memberikan impak yang besar kepada rakyat serta keseimbangan ekonomi secara keseluruhannya. Antara kesan yang dapat dilihat adalah seperti berikut :

     

    • Laluan ke Bandar Malaysia ini tidak akan melibatkan kawasan Hutan Simpan Batu Puteh dan kawasan Tanah Perkuburan Islam Bukit Teratai berbanding dengan laluan yang dicadangkan sebelumnya (melalui Pandan – Taman Connought) yang memerlukan pembinaan dilaksanakan di kedua- dua kawasan berkenaan. Oleh yang demikian, kawasan hutan simpan akan terus terpelihara manakala kawasan tanah perkuburan tidak terjejas;

     

    • Perubahan jajaran MRT2 ke Bandar Malaysia turut membolehkan kawasan yang tidak mendapat kemudahan rel iaitu kawasan Kuchai Lama, Taman Naga Emas dan Serdang Raya mendapat kemudahan perkhidmatan rel;

     

    • Integrasi dua (2) buah stesen dapat dilakukan iaitu di Stesen Chan Sow Lin dan Stesen Sg Besi berbanding dengan hanya satu stesen di Stesen Pandan Jaya sebelumnya;

     

    1. Menjana koridor pembangunan baru iaitu pembangunan Koridor Kuchai – Seri Kembangan;

     

    • Hasil kajian mendapati, peralihan jajaran ke Bandar Malaysia akan meningkatkan bilangan pengguna dari 513,000 pengguna kepada 529,000 pengguna sehari;

     

    • Memberikan kemudahan kepada penghuni yang akan menghuni 7,000 buah rumah mampu milik yang bakal dibina di Bandar Malaysia; dan

     

    • Masa perjalanan dari Stesen Kwasa Damansara (stesen pertama) ke Stesen Putrajaya Sentral (stesen terakhir) dapat dikurangkan dari 101 minit kepada 84 minit

Lampiran

Tiada Lampiran.