Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

249) CADANGAN LEBUH RAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kelulusan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada pembinaan Lebuh raya?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 6/20112 yang bersidang pada 15 Februari 2012 secara dasarnya telah bersetuju dengan Projek Lebuh raya KIDEX dan jajaran-jajarannya.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendirian seperti berikut:

     

    • penswastaan hendaklah meletakkan keutamaan dan kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Selangor kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat;

     

    • kos hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan, apabila projek siap maka pulangan hasil (revenue) yang diswastakan (privatise the revenue, not the cost); dan

     

    • kos juga perlu mengambil kira international risk dan return reward.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.