Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

50) CADANGAN PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri supaya kerja-kerja menaiktaraf dan pelebaran jalan utama (Jalan Negeri B148) sepanjang 6 KM dari Glenmarie Cove sehingga Persiaran Jalan Ikan Tenggiri, Telok Gong dapat dijalankan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran trafik?

    Pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor sebagai jabatan pelaksana telah melantik pihak perunding bagi menjalankan kerja-kerja rekabentuk di mana kerja- kerja awalan seperti kerja-kerja ukur, kerja-kerja penyiasatan tanah, kajian impak lalulintas (traffic impact assessment), audit keselamatan jalan (road safety audit), pemetaan utiliti bawah tanah dan penilaian turapan jalan (pavement evaluation) telah selesai dilaksanakan dengan kos keseluruhan berjumlah RM316, 905.66.

    Pihak JKR Selangor mengambil langkah melaksanakan pemantauan kerja pihak perunding secara berkala bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual. Status terkini, pihak perunding sedang melaksanakan rekabentuk dan projek ini dijangka tender pada awal tahun 2019 dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.