Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

322) CADANGAN PEMASANGAN PENCAWANG ELEKTRIK DAN PEMBINAAN LEBUHRAYA SUKE

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengemukakan laporan penilaian sosial impak dan keputusan uji tanah (Òsoil testÓ) berkenaan cadangan pemasangan pencawang elektrik dan lebuhraya SUKE di Zone 24, MPAJ dan Taman Cheras Hartamas kepada orang awam?

    Hasil kajian penilaian cerun (termasuk “soil test”) di Bukit Sg Puteh Tambahan oleh pihak Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. telah dibentangkan pada 7 Mei 2010 kepada YB ADUN Teratai, Pegawai Daerah Hulu Langat dan wakil penduduk Taman Bukit Segar Jaya di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.

    Manakala, menurut Akta Kualiti Alam Sekitar (1974), EIA dan SIA tidak diperlukan bagi tujuan pembinaan menara-menara talian penghantaran elektrik. Namun demikian, pihak TNB telah menyediakan Environment Management Plan (EMP) bagi Projek Talian Penghantaran Elektrik 275/132KV dari Taman Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras dan laporan tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri pada 29 Ogos 2014.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.