Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

93) CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS PASAR MODEN 6 TINGKAT DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 1057, SEK U 19, PAYA JARAS TENGAH DAN PEMBINAAN KIOSK HADAPAN PEJABAT ADUN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kelulusan projek pasar bertingkat Paya Jaras Tengah?

    Pihak Jabatan Perancangan telah mengemukakan permohonan warta bagi tapak kompleks pasar moden ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pada 25hb. Ogos, 2015, pihak PTD Petaling memberi maklumbalas kepada pihak Majlis untuk mendapatkan pelan pra hitungan bagi tapak pasar ini untuk diangkat ke MMKN untuk tujuan pewartaan. Pihak Jabatan Perancangan telah memberi maklumbalas dengan mengemukakan pelan pra hitungan sebanyak 10 salinan ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk tindakan pewartaan selanjutnya pada 11hb. April 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.