Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

82) CADANGAN PENUBUHAN AGENSI PEKERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi pekerjaan Negeri Selangor bagi menangani isu kumpulan pekerjaan Ô3DÕ (Dirty, Difficult & Dangerous) yang banyak diisi oleh pekerja asing, walaupun ramai anak negeri yang menganggur?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan agensi pekerjaan yang khusus bagi menangani isu kumpulan pekerjaan ‘3D’ (Dirty, Difficult & Dangerous). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia dalam melaksanakan program-program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur.

    Antara program yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini ialah :

    • Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair 2016) iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.

     

    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan kelayakan dalam bidang-bidang tertentu bagi memenuhi keperluan    Program  ini membolehkan anak muda mendapat pekerjaan terus  di  industri selepas tamat latihan di SHRDC.

Lampiran

Tiada Lampiran.