Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

179) CADANGAN SEBAHAGIAN HUTAN SIMPAN SG PUTEH DIKELUARKAN DARIPADA STATUS HUTAN SIMPAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini bantahan penduduk-penduduk terhadap cadangan Hutan Simpan Sg Puteh dikeluarkan daripada status hutan simpan?

    Pada masa kini, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah siap menyediakan laporan analisa ke atas surat bantahan yang diterima daripada penduduk sekitar yang tinggal berhampiran denagn HS Bukit Sg Puteh. Daripada keputusan analisa mendapati bahawa terdapat sejumlah lapan (8) bantahan dan selainnya adalah surat bantahan secara berulang-ulang mengenai perkara yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.