Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

74) CAJ ABSTRAKSI AIR BAGI KEGUNAAN AKUAKULTUR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kesesuaian pelaksanaan caj abstraksi air untuk pengusaha akuakultur ?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 13 April 2005 telah membuat keputusan untuk mengenakan lesen dan caj terhadap semua pengguna sumber air bumi dan permukaan bagi tujuan komersial dan utiliti awam mulai 1 Julai 2005. Ini adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 41 dan 44, Enakmen LUAS 1999. Pelesenan dan pengenaan caj ini juga adalah bertujuan untuk memastikan abstraksi sumber air dilaksanakan secara mampan dan tidak memberikan kesan negatif kepada sumber air dan

     

    Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi Sumber Air Selangor bagi sektor Akuakultur bukan sahaja mematuhi perundangan yang berkuatkuasa sedia ada, tetapi secara tidak langsung ianya membantu Jabatan Perikanan Negeri Selangor di dalam pendaftaran dan kawalan pengusaha-pengusaha akuakultur ini. Ini adalah kerana pendaftaran aktiviti akuakultur di Jabatan Perikanan Negeri Selangor adalah secara sukarela tanpa peruntukan perundangan yang khusus. Bagi memperoleh Lesen Abstraksi Sumber Air daripada LUAS, pengusaha akuakultur perlu mengemukakan surat pengesahan pendaftaran daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

     

    Caj abstraksi air adalah RM 0.05/m³ bagi tujuan komersial selaras dengan keputusan MMKN Bil. 8/2005 pada 13 April 2005. Bagi negeri lain adalah seperti berikut:

     

    • Johor – 5 sen semeter padu
    • Pahang – 4 sen semeter padu
    • Melaka – 5 sen semeter padu
    • Negeri Sembilan – 8 sen semeter padu

Lampiran

Tiada Lampiran.