Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

50) CAJ GERAN-GERAN DI KAWASAN PERUMAHAN KAMPUNG TASIK, AMPANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah wujudnya dua jenis caj geran yang berbeza di kawasan perumahan Kampung Tasik, Ampang.

    Untuk tapak tanah yang telah dibina rumah kediaman dan telah lama diduduki kadar bayaran premium yang dikenakan ialah RM2.00 sekaki persegi mengikut Pekeliling PTG.Sel.Bil.2/2001 bertarikh 31 Mei 2001 dan bagi tapak tanah yang kosong dan tidak ada rumah kediaman atau rumah yang dibina disewakan kepada orang lain, kadar bayaran premium yang dikenakan ialah (1/2 X 1/100 X Nilaian Semasa Tanah X 99 Tahun X Luas) dan (3/4 X 1/100 X Nilaian Semasa Tanah X 99 Tahun X Luas) untuk tapak perniagaan dan industri selaras dengan Kaedah Tanah Selangor Bertarikh 13 Mac 2003.

Lampiran

Tiada Lampiran.