CAJ GST DI PBT

19) CAJ GST DI PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menanggung caj GST bagi cukai-cukai pintu di PBT-PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah.

    Cukai Taksiran di Pihak Berkuasa Tempatan dan Cukai Tanah di Pejabat Tanah Daerah tidak dikenakan caj GST dan ianya tidak tertakluk kepada Akta 762 iaitu Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Merujuk kepada Seksyen 64(1), Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 menyatakan Akta ini tidak terpakai berhubung dengan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh:

    • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri dalam perintah yang disiarkan dalam Warta; atau
    • mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun berkenaan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya.

    Bagi maksud SubSeksyen 64(1) Pihak Berkuasa Tempatan atau Badan Berkanun itu dikira menjalankan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya jika: –

    a) pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun itu diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis yang suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya; dan

    b) pembekalan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun itu bukanlah yang sama jenis atau serupa dengan sesuatu pembekalan bercukai yang dibuat oleh mana-mana orang lain dalam perjalanan atau penerusan sesuatu perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.