Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

297) CAJ JETI PENDARATAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional caj jeti pendaratan dilaksanakan?

    Caj jeti pendaratan ikan dilaksanakan adalah bertujuan untuk:

     

    • Menyokong Kerajaan Negeri di dalam menjalankan program-program berkaitan perancangan dan pembangunan serta pemeliharaan sumber air terutamanya berkaitan aktiviti jeti yang sememangnya memerlukan kos dan perbelanjaan yang tinggi;

     

    • Membantu dalam pelaksanaan aktiviti pengawalan dan pemantauan menggunakan kaedah kawalan dan kawal seliaan bagi memastikan persekitaran sumber air tidak mengalami kesan yang teruk akibat daripada aktiviti jeti ini; dan

     

    • Mewujudkan sikap/nilai tanggungjawab kepada pemegang lesen sekali gus mendukung aspek pengawalan dan pemantauan terhadap sumber air yang digunakan. Konsep “Payment For Ecosystem” ini telah digunapakai di seluruh

Lampiran

Tiada Lampiran.