Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

163) CAJ PARKIR KENDERAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kandungan terperinci dalam perjanjian caj parkir kenderaan yang terikat dengan Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bersama PBT dalam Selangor?

    1. Selaras dengan cadangan penyeragaman sistem kutipan parkir kereta, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bilangan 10 Tahun 1998 yang telah bersidang pada 1 April 1998 telah melantik Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bagi menguruskan sistem kutipan parkir kereta melalui kaedah lantikan konsesi. Perjanjian penswastaan telah ditandatangani di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Syarikat Suasa Efektif pada 26 April 1999. PBT yang terlibat di dalam konsesi bersama Syarikat Suasa Efektif adalah seperti berikut:

     

    • (i) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • (ii) Majlis Perbandaran Klang (MPK);
    • (iii) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • (iv) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • (v) Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • (vi) Majlis Perbandaran Sepang(MPSp); dan
    • (vii) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

     

    Seperti yang sedia maklum, perjanjian penswastaan adalah di antara PBT dan pihak syarikat. Justeru, perincian berhubung kandungan perjanjian tersebut adalah di bawah kawalan kedua-dua pihak berkenaan dan intipati perjanjian adalah mengikut keperluan PBT masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.