Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

130) CAJ PEMAJUAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah syarikat-syarikat konsesi lebuhraya perlu membayar caj pemajuan kepada PBT dalam permohonan Kebenaran Merancang mereka untuk membina lebuhraya dan struktur-struktur bangunan yang lain bersebelahan lebuhraya?

    Caj pemajuan di dalam permohonan Kebenaran Merancang (KM) dikenakan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 32, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) sekiranya terdapat rancangan tempatan yang akan mengakibatkan perubahan dan kenaikan nilai tanah yang melibatkan perkara berikut:

    • Kegunaan tanah (zon gunatanah);
    • Pertambahan densiti; dan
    • Pertambahan ruang

    Pembangunan Lebuhraya direzabkan sebagai infrastruktur dan utiliti dan dibangunkan khas untuk tujuan tersebut yang tidak melibatkan kenaikan nilai atau ada kawasan yang melibatkan penurunan nilai tanah. Sekiranya pembangunan sekitar lebuhraya tersebut melibatkan perubahan dalam tiga (3) kategori seperti di atas, PBT boleh mengenakan caj pemajuan.

    Walau bagaimanapun, caj pemajuan boleh dikecualikan berdasarkan Pengecualian Caj Pemajuan Pembangunan di bawah Jadual Ketiga, Kaedah- kaedah Caj Pemajuan 2010 sekiranya projek pembangunan tersebut adalah melibatkan:

    • Pembangunan yang dijalankan untuk badan-badan kebajikan oleh agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar;
    • Badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    • Bangunan kerajaan;
    • Bangunan gerai dan warung makan awam;
    • Projek keagamaan awam; dan
    • Lain-lain yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.