Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

87) CAPAIAN DAN KUALITI LIPUTAN WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam memastikan capaian dan liputan WIFI Smart Selangor sentiasa memuaskan ?

    SMARTSEL mengadakan mesyuarat secara mingguan dengan pemberi perkhidmatan (service providers – SP) untuk menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit, terutamanya yang berkaitan dengan kawasan liputan perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan. SMARTSEL juga telah membangunkan papan pemuka (dashboard) yang boleh dipantau secara Masa Nyata (Real Time) untuk memberikan gambaran visual terhadap kedudukan dan status-status AP terpasang.

Lampiran

Tiada Lampiran.