Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

74) CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN LUAR BANDAR (TG DUA BELAS)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan 'new normal' dan keperluan menjalankan pembelajaran serta perniagaan atas talian yang meningkat, apakah terdapat rancangan untuk menaiktaraf atau menyediakan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada kawasan-kawasan luar bandar khususnya di mukim Tg Dua Belas?

    WiFi Smart Selangor (WSS), sebuah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat Selangor, terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang digital dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Program WSS sedang disusun dan ditambahbaik untuk memberi tumpuan kepada kluster Pendidikan, Kesihatan, Keagamaan dan Komuniti dengan tumpuan ke kawasan luar bandar  dan kumpulan sasaran B40 dan M40 untuk berhubung, mendapatkan maklumat  dan “online learning”.

    Kerajaan Negeri Selangor juga melalui MBI akan melaksanakan program INISIATIF DATA INTERNET SELANGOR untuk memberi kemudahan dan penjimatan kewangan kepada rakyat Selangor khususnya golongan B40. Inisiatif ini merupakan kerjasama di antara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat telco untuk menyokong inisiatif digitalisasi bagi mencapai Negeri Pintar 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.