Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

71) CAPAIAN MAKLUMAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian maklumat di kawasan luar bandar di Negeri Selangor.

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor  bagi meluaskan capaian maklumat kepada rakyat Negeri Selangor adalah :

    1. Menyediakan kemudahan Wifi Percuma kepada kepada rakyat

    Kerajaan Negeri Selangor telah mula memberikan perkhidmatan WiFi secara percuma bermula pada tahun 2010 dengan pelaksanaan Projek WIFI atau dikenali sebagai “Wireless Selangor” ianya adalah usaha kerajaan negeri memperluaskan kemudahan wayarles jalur lebar (internet broadband) dan akses internet (internet accesibility) ke semua kawasan dalam Negeri Selangor. Perkhidmatan yang ditawarkan ini, membolehkan kemudahan capaian internet tanpa wayar ini akan dinikmati oleh rakyat Selangor dengan PERCUMA.

    Berdasarkan sambutan dan penerimaan rakyat Selangor, pada tahun 2012 dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah menambah lagi lokasi perkhidmatan WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Penambahan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar ii. Menyediakan Pusat Siber Rakyat (PSR)

    Kerajaan Negeri juga mengambil langkah bagi mengurangkan jurang capaian internet dan informasi ialah  penubuhan Pusat Siber Rakyat yang dibiayai oleh Kerajaan  dengan konsep menggabungkan ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan medium berbentuk fizikal dan digital dan menjadikan PSR untuk penyebaran ilmu ICT bagi masyarakat luar bandar.  Ia juga sebagai salah satu usaha kerajaan untuk  melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. PSR yang ditubuhkan ini juga adalah bagi meningkatkan pendidikan komputer dan mengupayakan komuniti luar bandar mendapat akses dan menggunakan maklumat bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Beberapa program khusus juga akan dirangka dan dilaksanakan bagi melengkapkan orang kurang upaya, warga emas, pengusaha perusahaan mikro, ibu tunggal, belia dan golongan miskin di bandar dengan penggunaan perkhidmatan ICT dan seterusnya membantu peningkatan proses pembelajaran, khususnya kepada mereka yang kurang kemampuan.

    PSR ini telah dilaksanakan pada tahun 2009 hingga 2011, 15 lokasi seperti berikut telah diwujudkan:-

    • PSR Perpustakaan Awam Bestari Jaya, Kuala Selangor
    • PSR Perpustakaan Klang
    • PSR Perpustakaan Awam Semenyih, Hulu Langat
    • PSR perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang, Gombak
    • PSR Sultan Abdul Samad, Banting
    • PSR Dewan Kempas, Seksyen 19, Shah Alam
    • PSR Pusat Komuniti Kampung Kuantan, Klang
    • PSR Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
    • PSR Perpustakaan Daerah Gombak
    • PSR Perpustakaan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru
    • PSR Perpustakaan Pekan Dataran Sabak bernam
    • PSR Perpustakaan Pekan Rawang
    • PSR Perpustakaan Cawangan Pelabuhan Klang
    • PSR Perpustakaan Pekan Sg Pelek
    • PSR Perpustakaan Pekan Hulu Bernam

    Pada tahun ini pula lima(5) PSR lagi akan dibangunkan dan ditempatkan di Perpustakaan Desa dan Pekan iaitu:

    • PSR Perpustakaan Kompleks PKNS, Kuala Selangor
    • PSR Perpustakaan Bangi, Hulu Langat
    • PSR Perpustakaan pekan Sekinchan, Kuala Selangor
    • PSR Perpustakaan pekan Sungai Udang, Klang
    • PSR Perpustakaan Desa Kalumpang, Hulu Selangor iii. Menyediakan aplikasi-aplikasi elektronik Kerajaan

    Melalui kemudahan infrastruktur komunikasi yang disediakan,  seperti penyediaan Wifi percuma juga, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan menggalakkan  agensi –agensi di bawahnya untuk menyedia dan membangunkan aplikasi-aplikasi kerajaan elektronik bagi mewujudkan nilai kepada masyarakat untuk mempelajari dan menguasai ICT. Kemajuan dalam Teknologi Maklumat (ICT) yang cepat dan luas, pertembungan teknologi komunikasi dan ICT dan persaingan business telah memberikan tekanan kepada agensi-agensi kerajaan  untuk berubah dari segi bagaimana business atau cara kerja harus dijalankan.  Dengan itu agensi kerajaan atau organisasi di bawah kerajaan Negeri  perlu peka mengguna dan mengeksploitasi ICT secara berkesan supaya kekuatan dan kemampuan organisasi dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau rakyat adalah lancar dan cekap.

    Penggunaan aplikasi elektronik yang kian berkembang akan menjadi sebahagian cara hidup dan cara bekerja,  dan rakyat perlu digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini bagi memastikan urusan rakyat Negeri Selangor dapat dipermudahkan.  Secara tidak langsung ini dapat menggalakkan rakyat menggunakan internet dalam urusan harian mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.