Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

29) CARA MENURUNKAN KOS PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos pelupusan sisa yang ditanggung oleh setiap pihak berkuasa tempatan?

    1. Secara amnya jumlah sisa pepejal di Negeri Selangor telah meningkat disebabkan oleh pertumbuhan kawasan kediaman dan komersil yang baru sekali gus akan meningkatkan kos pengurusan dan pelupusan sisa pepejal. Sebagai usaha Kerajaan dalam mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal di PBT, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kepada PBT untuk melaksanakan dasar kitar semula dengan sendiri secara berperingkat supaya sisa yang boleh dikitar semula tidak terus dihantar ke tapak pelupusan untuk dilupuskan malah ia boleh digunakan semula sebagai sumber bahan mentah kepada industri seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, PBT-PBT telah menyahut saranan kerajaan negeri ini dan masing-masing mengusahakan polisi bagi tujuan tersebut.

     

    Contohnya:

     

    1. MPSJ
    2. telah menjalankan program pengasingan sisa pepejal melibatkan medan selera awam bermula tahun 2008;
    3. melibatkan sekolah pada tahun 2013;
    4. melibatkan kawasan perumahan teres Bandar Bukit Puchong pada tahun 2014; dan
    5. melibatkan hotel (Hotel Grand Dorsett) dan satu pasaraya Giant pada tahun 2015

     

    1. MPS
    2. Melaksanakan pengasingan sisa pepejal untuk dikitar semula di Pejabat Kerajaan dab gerai Majlis di Bandar Baru Selayang bermula tahun 2015 dan 2016; dan
    3. Pada tahun 2017 melibatkan penduduk kawasan perumahan di Persiaran 2, Bandar Baru Selayang.

     

    • MPK
    1. a) Telah memperkenalkan aplikasi digital iaitu ECOGAN KLANG bagi memudahkan penduduk mengetaui status tahap kitar semula yang telah dilaksanakan. Aplikasi ini turut membantu penduduk membuat penandaarasan dengan penduduk yang lain bagi mendapatkan pakej insentif yang disediakan oleh pihak MPK.
    2. iv) MPAJ
    3. a) Mewujudkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau MPAJ dalam tempoh 2015 sehingga 2018.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.