Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

128) CARA PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menambahbaik cara penyampaian sumbangan SMUE ke pada warga emas Selangor? Sebagai contoh, membenarkan warga emas untuk mendapatkan voucher shopping sepanjang tahun dan bukannya di bulan Hari Jadi sahaja supaya tiada yang ketinggalan.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara objektif program Jom Shopping SMUE ini dibuat mengikut bulan kelahiran ahli adalah seperti berikut:

    • Sebagai meraikan hari kelahiran ahli SMUE disamping menjadi salah satu aktiviti kekeluargaan yang dapat mengeratkan hubungan.
    • Menggalakkan permohonan di kalangan warga emas dan OKU yang layak untuk mendaftar SMUE memandangkan pemberian bantuan diberikan semasa hidup dan mengikut bulan kelahiran ahli SMUE.
    • Penyerahan mengikut bulan kelahiran ahli SMUE lebih mudah untuk dilaksanakan memandangkan ia diberikan secara berperingkat-peringkat.
    • Memudahkan pemantauan dan pengurusan pemberian baucer beli belah di peringkat penganjur, pasar raya mahupun pejabat Pusat Khidmat DUN.
    • Kerajaan Negeri berpandangan, pemberian voucher mengikut bulan kelahiran akan memudahkan banyak pihak terutama pihak YAWAS sebagai agensi pelaksana dan Pusat Khidmat DUN untuk membuat anggaran dan persediaan lebih awal bagi setiap program Jom Shopping yang akan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.