Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

140) CARUMAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selaras dengan Hasrat kerajaan untuk mengiktiraf peranan suri rumah, di antara perancangannya adalah untuk mewujudkan Caruman Wanita Selangor? Nyatakan apakah perancangannya?

    Peranan wanita adalah penting dalam sesebuah pembangunan institusi keluarga dan masyarakat terutama dalam aspek sosioekonomi dan pembangunan yang berkualiti bagi sesebuah negara. Masyarakat harus mengubah perspektif terhadap golongan surirumah sebagai kumpulan wanita yang tidak bekerja. Ini kerana golongan surirumahlah yang sebenarnya melakukan kerja-kerja dirumah, untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarganya. Kerja-kerja yang tidak dibayar gaji seperti majikan membayar gaji kepada

     

    Nilai pengorbanan dan tanggungjawab yang dilaksanakan  golongan surirumah ini wajar dihargai dan diiktiraf. Oleh kerana itulah, Kerajaan Selangor bercadang mewujudkan Skim Caruman Wanita Selangor sebagai satu jaringan sosial bagi memberi jaminan kewangan kepada golongan surirumah serta ibu tunggal di Negeri Selangor.

     

    Skim caruman ini akan dibuka kepada golongan surirumah dan ibu tunggal yang berpendapatan isirumah RM1,500.00 dan ke bawah dan dilaksanakan secara berfasa. Selain sebagai satu kaedah simpanan hari tua kepada golongan sasar, skim ini juga akan bertindak sebagai satu dana kebajikan apabila musibah berlaku seperti kematian suami, suami hilang upaya bekerja atau perceraian. Skim ini diharapkan akan dapat membantu golongan ibu tunggal mahupun ibu tinggal sebagai satu sistem sokongan jangka masa panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.