Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

78) CASHLESS SOCIETY SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan pelaksanaan Program Cashless Society Smart Selangor dan apakah sasaran Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 tahun pelaksanaannya?

    Program Cashless Society Smart Selangor bertujuan membangunkan ekosistem ekonomi digital Negeri Selangor, yang merangkumi beberapa     komponen untuk kemudahan pembayaran perkhidmatan berbayar  Kerajaan   Negeri Selangor, iaitu:

    • Aplikasi Citizen Electronic Payment (CEPat) – satu aplikasi pintar untuk perkhidmatan berbayar Kerajaan negeri yang pada ketika ini menyediakan kemudahan pembayaran perkhidmatan permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran untuk Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang
    • Portal Smart Selangor – portal setempat (untuk CEPat) yang turut menyediakan kemudahan pembayaran perkhidmatan seperti di atas
    • Smart kiosk – bakal memperkenalkan penyediaan kiosk pintar tanpa tunai untuk pembayaran perkhidmatan Kerajaan yang membenarkan pembayaran menerusi kad kredit dan kad debit
    • FassTap – Mod pembayaran alternatif untuk pembayaran perkhidmatan berasaskan kad debit atau kod QR menerusi smartphone bagi menggalakkan micro-transactions

    Di samping itu, Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan e-wallet di bazaar-bazaar Ramadhan di Negeri Selangor pada tahun 2018 dan 2019. Untuk bazaar Ramadhan tahun 2019, sejumlah 4,000 peniaga telah menggunakan kaedah pembayaran e-wallet dengan nilai transaksi berjumlah RM 80,000.

    SSDU mensasarkan kesemua perkhidmatan berbayar untuk Kerajaan Negeri Selangor diwujudkan dalam aplikasi CEPat pada tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.