Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

236) CATUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tarikh dan lokasi semua catuan bekalan air yang dilakukan pada tahun 2016.

    • Bekalan air merupakan isu yang sangat sensitif dan sering disensasikan  oleh banyak pihak untuk memomokkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan industri air.
    • Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengadakan pemantauan bekalan air secara berkala yang turut dihadiri bersama oleh wakil Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan semua operator rawatan air.
    • Dengan pemantauan rapi yang dilaksanakan oleh semua pihak, bekalan air di Negeri Selangor tidak terjejas sama sekali dan tidak ada sebarang catuan bekalan air dibuat sepanjang tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.