CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR

10) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Alam Sekitar Selangor berhasrat menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika tidak, nyatakan sebabnya.

    Adalah menjadi hasrat Jabatan Alam Sekitar untuk membuka lebih banyak pejabat cawangan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun pihak Jabatan dikehendaki mematuhi polisi Kerajaan Pusat yang mengimplementasikan perkhidmatan awam yang kejap atau “lean government” yang mana menghendaki penjawat awam melaksanakan tugas secara “multi tasking“ dan dalam masa yang sama tidak membolehkan sebarang pertambahan kakitangan sebaliknya mengurangkan bilangan jawatan dalam Jabatan, maka oleh itu JAS tidak dikecualikan. Pada masa ini Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat sedang membuat kajian ke arah pengukuhan perjawatan yang betul-betul diperlukan di Jabatan Alam Sekitar Cawangan untuk memohon kelulusan khas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Dengan bilangan anggota penguatkuasa yang terhad, pihak JAS Cawangan Gombak telah mengatur strategi dengan memberi keutamaan kepada premis- premis kilang yang mencemar di daerah Hulu Selangor dan anggota penguatkuasa dari Shah Alam akan turut membantu menjalankan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu kilang kelapa sawit, kilang getah asli mentah dan premis kemudahan pengolahan serta pemerolehan kembali buangan terjadual.

Lampiran

Tiada Lampiran.