Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

85) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mencadangkan Jabatan Alam Sekitar menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Jabatan Alam Sekitar sentiasa berhasrat untuk menambah dan meluas keanggotaan  penguatkuasa di seluruh Negeri Selangor terutamanya di kawasan yang mempunyai bilangan punca pencemaran yang tinggi. Pertambahan ini juga akan meningkatkan pemantauan dan kekerapan penguatkuasaan terhadap punca berkenaan.  Walaubagaimanapun, hasrat ini adalah tertakluk kepada persetujuan dan peruntukan pihak-pihak berkenaan di peringkat Kerajaan Persekutuan serta Jabatan Perkhidmatan Awam.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.