Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

16) CERAMAH POLITIK DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan telah berkali-kali menegaskan supaya masjid dan surau bebas dari sebarang kegiatan politik, masih terdapat ceramah-ceramah yang dijalankan lebih banyak menyentuh isu-isu politik daripada memberikan pengisian agama. Mengapakah keadaan ini terus dibiarkan berlaku tanpa ada sebarang halangan daripada pihak yang bertanggungjawab

    Jabatan ini tidak pernah membiarkan perkara ini berlaku, bahkan pemantauanpemantauan sentiasa dilakukan setiap masa. Seramai 17 orang Nazir telah pun
    diberi surat tunjuk sebab kerana memanggil penceramah-penceramah tanpa tauliah.
    Di antara tindakan yang telah diambil oleh JAIS adalah memberi amaran dan nasihat
    kepada Nazir-nazir yang terlibat. Tindakan tegas termasuk memecat nazir terlibat
    jika mereka mengulangi perbuatan yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.