Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

280) CIRCULAR ECONOMY DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan untuk membangunkan industri dan ekosistem circular economy di Selangor memandangkan model linear economy yang digunapakai sejak beberapa dekad yang lepas sudah dianggap sebagai tidak mampan dan memberi kesan kepada alam sekitar?

    Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai dasar berkenaan pembangunan industri dan ekosistem circular economy. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan ulasan dan pandangan agensi teknikal yang berkaitan untuk setiap cadangan pembangunan bagi memastikan kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.