Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

219) CONTINUOUS EMISSIONS MONITORING SYSTEM (CEMS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Continuous Emissions Monitoring System (CEMS) merupakan teknologi untuk memantau kandungan bahan pencemar untuk semua gas yang dilepaskan ke atmosfera dari cerobong kilang. Adakah pengawal ini wajib dipasang di setiap kilang di Selangor dan Jabatan manakah yang mengawal selia data ini?

    Continuous Emission Monitoring System (CEMS) atau Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan dibangunkan oleh JAS Ibu Pejabat pada tahun 2006 dan diluaskan kepada JAS Negeri mulai tahun 2013 bertujuan untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dalam pemantauan gas-gas pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, Hidrogen fluoride,Total PM dan kelegapan (asap) daripada pelbagai premis industri seperti kilang kelapa sawit, kilang simen, loji janakuasa elektrik, industri petrokimia dan sebagainya. Keperluan ini juga merupakan pendekatan yang diambil menerusi self regulatory bagi memenuhi kehendak dan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

    CEMS hanya wajib dipasang bagi jenis-jenis industri yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 iaitu industri yang terlibat dalam:  .

    • pembakaran bahanapi termasuk penjanaan kuasa dan haba dalam dandang, turbin;
    • Pengeluaran dan pemprosesan logam ferus (kilang besi dan keluli);
    • Faundri logam ferus dan logam bukan ferus;
    •  Industri minyak dan gas;
    • Industri bukan logam (mineral) dalam pembuatan simen
    • Semua loji tetap pencampuran asfalt.
    • Industri pulpa dan kertas, termasuk pengitaran semula kertas;
    • Industri kimia dan petrokimia
    • Industri yang menggunakan pelarut melebihi 200 tan setahun; dan
    • Pembakar bahan buangan bagi semua saiz.

    Pelepasan dan operasi sistem ini dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.